1) Penjelajahan dan penaklukan
Menjadi lanun dapat menjelajah banyak tempat di serata dunia dengan melihat dan mendalami kehidupan masyarakat di setiap lokasi penjelajahan. Pelbagai warna kehidupan dapat disaksikan semasa proses penjelajahan berlaku. Sekiranya bernasib baik lanun dapat menakluki sesebuah kawasan yang mempunyai kawasan yang strategik.
2) Kekayaan dan kegemilangan
Jika sesebuah kawasan dapat ditakluki, pastinya memberi pulangan besar kepada lanun. Penentuan kawasan yang strategik sangat perlu bagi menjamin kekayaan kepada lanun dan seterusnya mengekalkan kegemilangan nama dan pangkat lanun yang berkuasa ke kawasan tersebut.
3) Kegembiraan
Jika kekayaan dan kegemilangan sudah dikecapi pastinya kegembiraan pula dapat dirasai. Ia bertambah manis andai bertemu gadis pilihan hati yang mampu menjadi penyeri dalam kehidupan seorang lanun.