What your biggest fear is and how it affects your life?
Untuk menjawab segala pertanyaan bagi soalan ini, jom kita baca selanjutnya..........
Setiap manusia pastinya pernah mengalami ketakutan ataupun kesukaran dalam kehidupan yang dijalani setiap hari. Ketakutan yang dialami berbeza mengikut individu itu sendiri. Kadangkala ketakutan itu juga secara tidak langsung mengganggu kehidupan seharian dan memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan juga orang lain yang berada di persekitaran kita.
Ketakutan terbesar bagi saya adalah berkaitan dengan KETINGGIAN, maksudnya saya cukup takut apabila berhadapan atau berada di tempat yang TINGGI! Mungkin ramai yang akan mentertawakan saya, tapi itulah hakikatnya. Tempat atau kawasan yang tinggi dan curam sangat menggerunkan saya berbanding jika saya berhadapan dengan seekor cicak! Perasaan takut dan gayat akan datang bila berada di kawasan yang ada kaitannya dengan ketinggian.
Keadaan ini pastinya memberi kesan kepada saya dalam kehidupan. Contohnya bila saya diminta oleh kawan-kawan untuk menaiki sesuatu permainan dia Taman Tema seperti Rollercoaster, Cable Car, Flying Fox mahupun berjalan di atas jambatan gantung! Pernah saya ingin mencuba untuk melalui jambatan gantung yang tinggi di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam suatu ketika dulu, namun tidak dapat meneruskan cubaan itu gara-gara ketakutan yang memuncak sehingga mahu gugur jantung dan terasa seperti hendak pitam. Akhirnya ketakutan itu telah menghalang untuk saya meneruskan perjalanan tersebut dan hanya mampu memandang sahaja rakan-rakan lain melalui jambatan gantung yang bergoyang-goyang itu.
Jika saya memandu di tanah tinggi yang mempunyai gaung curam di bahu jalan yang sempit, pastinya perasaan takut itu datang dan saya hanya mampu memandu terus kenderaan dengan sangat perlahan dan cuba untuk manjauhkan kenderaan dengan tebing yang curam itu. Situasi seperti ini mungkin mengundang bahaya dan mungkin akan mengganggu perjalanan pengguna jalan raya yang lain. Tapi apakan daya, ketinggian itu sangat menakutkan saya.
Apabila umur saya semakin meningkat, perasaan takut kepada ketinggian itu semakin berkurangan. Saya cuba memberanikan diri untuk menaiki Cable Car di Pulau Langkawi. Akhirnya saya berjaya menaikinya tetapi dengan memejamkan mata! Sungguh kelakar bunyinya. Namun saya hanya mampu berhenti di stesen pertengahan sahaja kerana tidak berdaya menahan ketakutan yang ada dalam diri ini untuk sampai ke puncak yang lebih tinggi.
Langkawi Cable Car
Apabila saya ada mendengar Astro's Fear Factor Malaysia akan ditayangkan secara ekslusif di negara ini, saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menontonya. Saya ingin melihat peserta-peserta yang telah terpilih menempuh pelbagai rintangan dan mengharungi cabaran yang sangat menguji kesabaran, dan kekuatan fizikal serta mental untuk sampai ke penamat. Antara peserta-peserta yang terlibat adalah Didie Alias, Hairul Azreen, Dafi, Nik Micheal, Johan As'ari dan ramai lagi.
Peserta-peserta Fear Factor Malaysia
Cabaran mengangkat guni yang berat
Cabaran halangan palang besi
Cabaran membawa tayar gergasi
Cabaran mendaki
Peserta artis pilihan saya adalah Johan As'ari. Siapakah yang akan menang? Pada pandangan saya berkemungkinan Johan As'ari akan dapat menempuh segala rintangan dan cabaran dengan mudah dan seterusnya merangkul gelaran Juara Fear Factor Malaysia musim ini.
Pastinya detik-detik cemas dan mendebarkan oleh para peserta Fear Factor Malaysia dapat ditonton oleh rakyat Malaysia di kaca televisyen tidak lama lagi. Nantikan siaran Fear Factor Malaysia bermula Disember 2012 ini bersama pengacaranya Aaron Aziz!
Fear Factor House - Is your change to experience Fear Factor Live!