Tempahan kek untuk majlis perkahwinan sepupu pada 15 November 2009 yang lalu di Serdang, Selangor. Kek perkahwinan setinggi 3 tingkat ini bertemakan warna oren/peach. Majlis kenduri berlangsung dgn sungguh meriah sekali dengan kehadiran ramai tetamu. Pengantin tiba jam 1.40 petang disusuli dengan persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Cekak Kawasan Serdang. Sungguh segak dan cantik sekali pasangan pengantin apabila mengenakan busana kuning keemasan. Kemudian pengantin bersama rombongan berarak ke meja santapan untuk menjamu selera diikuti dgn acara memotong kek perkahwinan. Terima kasih kepada Angah Jaini & Angah Nor sekeluarga.
Selamat Pengantin Baru buat Abg Izam dan pasangan.... Semoga kekal bahagia selamanya...
Kek yang telah siap disusun....
1st Tier Chocolate Moist Cake Frosting with buttercream Deco with gumpaste flower 11"
2nd Tier Chocolate & Pandan Butter Cake Frosting with buttercream Deco with gumpaste flower 9"
3rd Tier Orange Butter Cake Frosting with buttercream Deco with gumpaste flower 7"
Tempahan Kek Perkahwinan 2 tingkat dari Sima.... Kek ni dihantar ke lokasi majlis perkahwinan antara Sima & Boy di Felda Seharto, Selangor. Jam 12.15 tghr kami tiba di majlis tersebut. Mujur awal sedikit kerana majlis persandingan bermula jam 12.30 tghr. Namun kami tak berkesempatan untuk snap gambr kek tersebut kerana Majlis Memotong Kek berlangsung sejurus pengantin tiba....
Chocolate Moist Cake Frosting with Buttercream (yellow n c.ream colour theme) Filling with Chocolate Ganache Decor with gumpaste flower 11" + 8"
Tempahan Birthday Cake dari Kak Niesya untuk Birthday Arina n Pak Long...
Terima kasih atas tempahan kek.... dan jemputan untuk majlis tersebut yang diadakan di Mc Donalds Bukit Rahman Putra. Meriah sungguh.... and happening la.....
Happy Birthday!!!
Vanilla Butter Cake & Chocolate Butter Cake Filling with Chocolate Buttercream Frosting with Buttercream 11" 2++ kg