Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman, pada 17 April 2010 satu acara besar-besaran akan belangsung di ruang legar Ground Floor Berjaya Times Square Kuala Lumpur iaitu GATSBY DEODORANT STREET FAIR. Acara ini bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 5 petang.
Semasa acara ini berlangsung, pelbagai gerai mainan yang akan didirikan dan aktiviti yang akan dijalankan. Yang paling menarik boleh dilihat dan disertai adalah bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan mereka boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!! .
Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elektronik, komputer, telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!.
Untuk ke GATSBY DEODORANT STREET FAIR, kita boleh menggunakan kemudahan awam sebagai altenatif. Sekiranya dari KL Sentral, kita boleh menaiki Monorail dan berhenti di Stesen Imbi. Berjaya Times Square berada berdekatan dengan Stesen Monorel Jalan Imbi tersebut.
Kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog ini yang berminat untuk menyertai dan menikmati keseronokan
Terima kasih…..
No comments:
Post a Comment