Wednesday, June 20, 2012

BEE-MAN


If you were given a chance, what animal/living being superpowers would you want to get?

Sudah pastinya saya akan memilih LEBAH sebagai 'SUPERPOWER' dan saya namakannya sebagai BEE-MAN!

BEE-MAN dipilih kerana sifat lebah itu sendiri yang rajin bekerja untuk mengumpul madu. BEE-MAN membantu manusia dengan menghadiahkan madu yang merupakan ubat ajaib yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kebaikan manusia di muka bumi. Dalam masa yang sama BEE-MAN akan menjelajah segenap kawasan di merata tempat untuk menjaga alam sekitar dari sebarang kerosakan dan kemusnahan. BEE-MAN tidak pernah penat dan jemu untuk berbakti kepada alam sekitar serta keseimbangan alam flora dan fauna.



Sifat BEE-MAN yang sentiasa tenang dan pemurah membuatkan kehidupan di luar menghormati dan menghargai BEE-MAN. BEE-MAN boleh berbangga dengan warna yang ada pada diri iaitu hitam dan kuning, dapat terbang dengan pantas dan bebas untuk menjalankan tugas. Sekiranya ada musuh yang cuba mengganggu gugat kesejahteraan dan ketenteraman alam, BEE-MAN akan menyerang dengan menggunakan sengat sebagai cara untuk mempertahankan diri dari serangan dan ancaman.


BEE-MAN mempunyai semangat perjuangan dan kekeluargaan yang tinggi apabila sentiasa berkumpul bersama dalam komuniti untuk menjalankan tugas harian. Jasa dan pengorbanan BEE-MAN disanjung tinggi dalam ekosistem alam semulajadi.






Nuffnang Premiere Screening of The Amazing Spider-Man




Spinning his web into cinemas this month is none other than The Amazing Spider-Man and thanks to the kind people at Sony Pictures Malaysia; Nuffnang presents you with the reboot instalment of the Spiderman franchise. It promises to be a film of epic proportions as a brand new cast and robust storyline leads you to Peter Parker’s journey to finally finding out who his parents is and how they died when he was a kid.



Tuesday, June 5, 2012

Muzikal GEMURUH





If you had the chance to direct one slot of the musical, which song would you choose and how would you imagine the scene to be?

 Sekiranya saya diberi peluang untuk mengarahkan satu slot muzikal, lagu yang saya pilih adalah GEMURUH dari FAIZAL TAHIR.



Untuk babak yang akan saya persembahkan pastinya mempunyai elemen semangat kesukanan dan juga harapan tinggi rakyat Malaysia terhadap atlet-atlet Negara mencapai kemenangan.

Babak dimulakan dengan 15 orang penari dewasa berpakaian sukan berarak masuk ke pentas secara berkumpulan dengan membentuk formasi berbentuk bulatan. Kemudian, bulatan dibuka secara perlahan-lahan mengikut rentak dan irama, seorang penyanyi  muncul di tengah-tengah dengan menyanyikan lagu GEMURUH dengan penuh semangat.

Sambil lagu diteruskan, babak diteruskan dengan kemunculan 30 orang kanak-kanak comel berarak masuk dari kiri dan kanan pentas dengan berpakaian tradisional rakyat Malaysia yang berwarna-warni menari sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Seterusnya terpancar klip-klip gambar dan video di skrin utama pentas memperlihatkan wajah-wajah atlet Malaysia yang pernah mengharumkan nama negara di mata dunia. Selesai tayangan di skrin, penari-penari meneruskan rentak tarian dan membentuk perbagai formasi yang melambangkan tema kesukanan bagi memperlihatkan semangat tinggi rakyat Malaysia terhadap atlet-atlet negara mencapai kejayaan.

Sebelum babak muzikal tamat, semua penari-penari berbaris di tengah pentas sambil melambai-lambaikan tangan ke arah penonton dan menyanyikan lagu GEMURUH bersama-sama dengan semangat yang membara.  






From 1 June to 8 July 2012, London, the Summer Musical would be performing at Sunway Lagoon’s Amphitheatre and it would feature 6 West End stars flown in all the way from London! 


Thursday, March 8, 2012

Cuci The Musical Last Kopek


















Cuci The Musical Last Kopek (CTMLK) terbitan Tall Order Production Sdn. Bhd dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sejak 2 Mac lalu sehingga 18 Mac ini. Teater muzikal ini adalah di bawah pimpinan pengarah Harith Iskander. Mengekalkan peneraju utamanya, iaitu Hans Isaac, Afdlin Shauki, Nabil dan Awie untuk musim ketiga sekaligus pementasan terakhir teater muzikal Cuci itu, sememangnya terbaik.















Pada 7 Mac lalu aku berkesempatan menyaksikan pementasan CTMLK di Istana Budaya. Aku tiba di perkarangan Istana Budaya jam 7.50 malam dengan cuaca hujan yang agak lebat. Disebabkan ada masalah teknikal akibat kilat, pementasan agak lewat dimulakan iaitu jam 9.00 malam. Penonton yang memenuhi ruang tempat duduk kelihatan tidak sabar menonton persembahan CTMLK bermula.

CTMLK dimulakan dengan persembahan gambar di skrin besar yang mengisahkan hubungan akrab adik beradik semasa kecil. Jika sebelum ini Harith Iskander turut sama terlibat dan melakonkan watak Wira di dalam musim yang pertama dan kedua, kini wataknya digantikan dengan Douglas Lim yang boleh bertutur di dalam bahasa Melayu dengan baik. Pujian harus diberikan kepada Dauglas Lim kerana mampu membawakan watak dengan baik sehingga membuatkan penonton ketawa dengan aksi kelakar yang ditunjukkan.















Mengisahkan tentang empat saudara iaitu C'Tan, Khai, Fairil dan Jojo yang berusaha mengubah kehidupan mereka, sebagai pencuci bangunan. Mereka mempunyai satu hasrat yang sama, untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti, mencuci menara berkembar Petronas, yang tinggi dengan saingan yang kuat dari pasukan Wira Maju. Misi utama mereka, untuk memenangi kontrak membersih bangunan KLCC menjadi impian utama hidup mereka. Dalam perjalanan untuk mencapai cita-cita tersebut pelbagai rintangan dihadapi mereka.

Meskipun jalan cerita yang sama dikekalkan namun hampir setiap malam, ada sahaja yang berubah dan diubah dialognya. Gandingan 4 orang teraju utama itu bersama pelakon wanita hebat iaitu Vanidah Imran yang membawa watak Siti Jasmin (C.J) bersama tenaga baru yang lain berjaya menyuntik semangat dan nafas segar sepanjang pementasan. Lakonan Dina sebagai setiausaha C.J juga masih bernyawa dan mampu mengeletek penonton. Turut diselitkan dalam dialog dalam CTMLK apabila mereka menyebut nama tempat Kuala Selangor, dan Rancangan NONA yang ada kaitan dengan Hans Isaac. Vanida Imran pula ada tersasul mengatakan makna "rematch" adalah "cuci semula" namun dia lantas membetulkannya dengan mengatakan "perlawanan semula". Hans Isaac juga tersasul menggunakan watak Afdlin Shauki sebagai adiknya.

Bagi saya, CTMLK ini memang terbaik dan sangat menghiburkan walaupun pernah menonton musim kedua tahun lalu. Aksi lawak spontan mereka di pentas berjaya menggeletek penonton untuk ketawa dari awal hingga tamat pementasan. Kepada yang belum menyaksikannya, jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket bagi menonton CTMLK yang terakhir ini. Tiket-tiket untuk menyaksikan CTMLK boleh didapati di www.ticket2u.biz dan boleh dapatkan terus di kaunter tiket IB dengan variasi harga RM 53, RM 123, RM 163, RM 183, RM 203, dan RM 303. Anda juga boleh hubungi talian Hotline di 010-2102656.

Lawatan Industri

Pada 7 mac lalu, Divisyen Mekatronik berjaya mengadakan Lawatan Industri untuk pelajar Kejuruteraan Mekatronik ke industri membuat peluru di Batu Arang, SME ORDNANCE SDN. BHD. Rombongan diketuai oleh Pensyarah Encik Zulkifli dan diiringi oleh Mohd Nor Sham serta saya sendiri. Kawalan sangat ketat apabila memasuki kawasan kilang/industri tersebut di mana setiap pelawat diwajibkan melalui laluan pemeriksaan. Telefon bimbit dan kamera juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan dalam kilang. Jadi, gambar hanya dapat di ambil di dalam bilik taklimat.






























































































































































































































Inspirasi Alam

Gambar-gambar yang diambil di halaman rumah keluargaku di Sungai Besar ketika pulang ke kampung minggu lalu.









































Bunga orkid pelbagai warna sedang rancak mekar menyerlahkan kecantikan dan keunikan warna dan bentuknya.








































































































Wednesday, February 29, 2012

Fantasi Komedi CINTA KURA-KURA

Filem yang ditunggu ramai CINTA KURA-KURA akan menjengah ke pawagam berdekatan bermula 1 Mac 2012. Pastinya filem ini membawa kelainan buat peminat-peminat filem tempatan yang mahukan sebuah filem yang mampu memberikan kepuasan menonton berbanding filem-filem yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Pada 28 Februari 2012 (Selasa) aku berkesempatan menghadiri pratonton filem ini bersama HOT FM & Gua Malaysia bertempat di Cathay Cineplex e@Curve Damansara jam 9.00 malam. Rasa bertuah apabila kebetulan duduk betul-betul di belakang pengarah filem ini semasa pratonton.

Secara jujurnya aku sangat berpuas hati dengan cerita yang dipaparkan dalam sebuah kisah dengan elemen komedi terbaik hasil idea dari pengarah berbakat, saudara Nizam Zakaria. Sesungguhnya sentuhan pengarah sebegini sangat diperlukan dalam industri perfileman di Malaysia. Filem yang menggabungkan elemen fantasi dan realiti ini sangat sesuai ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat.














Jalan cerita yang disusun kemas dan menarik dengan penggunaan teknologi CGI yang baik memberikan kekuatan bagi filem ini. Pemilihan pelakon yang bersesuaian dalam filem ini juga menghidupkan keseluruhan jalan ceritanya. Keseimbangan watak dengan susunan cerita yang menarik menjadikan kisah yang cuba disampaikan memenuhi kepuasan penonton, dalam erti kata lain penceritaan yang dipersembahkan tidak terlalu berat dan mudah difahami oleh penonton.


























Walaupun hanya dipinjamkan suara, Zizan Razak yang melakonkan watak kura-kura bernama Nico berjaya membawakan watak dengan baik. Filem ini memberikan satu tontonan yang santai dan mempunyai banyak adegan lucu yang melibatkan Nico dan watak-watak lain. Dialog Nico yang lucu dan bersahaja membuatkan penonton di dalam panggung tidak kering gusi ketawa melihat aksi comel Nico yang cuba untuk mengganggu hubungan mesra antara Adam (Aeril Zafrel) & Nani (Tiz Zaqyah). Paling kelakar apabila Nico meletakkan kacang di atas Cupcake yang dimakan oleh Adam menyebabkan muka Adam kemerahan dan gatal akibat elergic. Adegan Nico mencuri barang peribadi Nani juga mencuit hati penonton. Watak-watak lain yang dibawa oleh pelakon seperti Bob AF, Harun Salim Bachik, Daus AF juga menambahkan keceriaan dalam filem komedi cinta ini. Pujian harus diberikan kepada pengarah Nizam Zakaria kerana menghadiahkan sebuah filem yang segar dan berkualiti buat peminat-peminat filem negara.


















Buat semua penggemar-penggemar filem, jangan lupa untuk menonton filem Cinta Kura-Kura lakonan Aeril Zafrel, Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Fara Fauzana , Shy8 (Usop Wilcha) & Fizz Fairuz di pawagam berdekatan anda 1 Mac ini. Yang pasti, aku akan turun ke panggung lagi untuk menonton filem CINTA KURA-KURA ini untuk kali yang kedua!












Tuesday, February 28, 2012

Kek ABPBH 2011

Inilah kek rekaanku khas untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.
MERAIKAN 25 TAHUN PUNCAK KEGEMILANGAN.
























































Jelajah ABPBH SACC Mall Shah Alam

Jelajah ABPBH sudah bermula dan lokasi pertamanya bertempat di SACC MALL Shah Alam yang berlangsung selama dua hari, 25 & 26 Februari 2012 yang lalu. Pada 25/2/2012 (sabtu) telah diadakan ujibakat Bintang Idola Berita Harian (BIBH) di mana pencarian bakat baru yang akan dipilih untuk menjadi artis naungan KRU Music.

Pada hari ahad pula, diadakan pertandingan akhir BIBH untuk memilih siapakah yang layak memegang gelaran Juara peringkat Mall.


























Acara utama bermula sekitar jam 2.00 petang dengan kehadiran para artis di 'RED CARPET". Memang happening dengan kehadiran ramai artis-artis terkenal tanahair seperti Adi Putra, Rozita Che Wan, Zizan, Johan, Izara Aishah, Aizat, Neelofa, 6ixth Sense, Shila Amzah, Forteen, Jaclyn Victor, Diana Danielle, Aeril Zafrel, Awi Rafael, Johan Ashari, Aznil Hj Nawawi, Adam & VIP. Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran empat orang pengacara iaitu Fara Fauzana & Suraya dari HOT FM, Along Charm dan juga Didie Alias.
































































































Adam & V.I.P


























Neelofa & Rozita Che Wan


































Johan & Zizan membuatkan pengunjung yang hadir ke SACC MALL bergelak ketawa dengan keletah dan lawak mereka. Sampaikan Abang "RELA" yang bertugas berdekatan pentas tu pun dia kenakan...Memang terbaik!!!




















Jaclyn Victor



















Shila Amzah




















Adi













6ixth Sense