Thursday, October 18, 2018

AMALAN MENABUNG


Menabung merupakan satu amalan proaktif berpaksikan kesedaran seseorang dalam membuat persediaan bagi menjamin masa depan yang cerah. Pada zaman ini, menyimpan wang tabungan di institusi kewangan merupakan cara yang efektif untuk memastikan wang tabungan disimpan dengan selamat berbanding dengan menyimpan wang secara konvesional di rumah. Malah terdapat juga tabungan yang dibuat melalui skim simpanan yang menjanjikan pulangan berbaloi, dividen dan perlindungan takaful.

Amalan menabung ini perlu dijadikan instrumen dalam mendepani kos hidup yang semakin kompleks dan mencabar. Walaupun amalan menabung ini merupakan perkara yang positif, masih ramai golongan remaja yang memandang sepi akan faedah menabung kepada mereka. Pelbagai pihak perlu membuka mata akan faedah menabung kepada seseorang apatah lagi dalam era ledakan maklumat dan bahang industrialisasi kini.

Aktiviti menabung membolehkan seseorang merencana masa depan dengan ekonomi yang kukuh dan mapan. Hal ini kerana menabung merupakan alternatif untuk menambah pendapatan dengan menyimpan wang di institusi kewangan/skim simpanan secara berterusan dan dalam jangka masa panjang. Melalui penyimpanan ini, pendeposit akan memperoleh pulangan berbaloi, perlindungan takaful dan dividen. Apabila wang sudah terkumpul, seseorang individu tidak akan berdepan dengan masalah ketirisan wang sehingga boleh menjejaskan keselesaan hidup mereka.

Amalan gali lubang tutup lubang dengan meminjam daripada rakan-rakan atau saudara mara akan dapat diatasi. Amalan ini bukan sahaja boleh merosakkan institusi kekeluargaan malah boleh merenggangkan persahabatan apabila pinjaman tidak dapat dibayar semula. Sebagai contohnya, seseorang individu boleh menggunakan wang tabungan untuk membeli hartanah dan membiayai kos pembelian termasuklah urusan jual beli yang pastinya tidak melibatkan wang yang sedikit jumlahnya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, menabung merupakan inisiatif positif yang perlu menjadi budaya hidup seseorang kerana boleh merencana masa depan yang kukuh.

Pada zaman yang serba canggih dengan kepesatan kemajuan sains dan teknologi ini memaksa kita mendapatkan pendidikan yang sempurna agar dapat bersaing di pentas global. Hal ini kerana melalui tabiat menabung, kita akan mendapat pelbagai limpahan nikmat terutamanya apabila hendak melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Hasil tabungan boleh digunakan untuk membiayai kos pendidikan dan mentaliti kebergantungan kepada wang bantuan dapat dikesisikan daripada terus menjadi pegangan hidup. Sebagai contohnya, ibu bapa yang ,membuat tabungan melalui insurans pendidikan tidak akan menghadapi masalah apabila anak-anak mereka ditawarkan mengikuti pengajian di universiti. Para remaja juga boleh menggunakan wang tabungan untuk membeli buku rujukan yang boleh membantu meningkatkan tahap intelektualisme mereka.

Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan tentu sahaja memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, amalan menabung sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit akan membantu kita membiayai kos pendidikan yang sempurna bagi menjana kemajuan negara agar dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

Kehidupan berkeluarga amat bernilai dan kemenjadian anak-anak menjadi satu harapan bagi semua insan yang bergelar ibu dan bapa. Sehubungan dengan itu, anak-anak perlu mendapat pendidikan yang sempurna bagi melengkapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran menguasai kemahiran teknologi. Sebagai contohnya, selain diberikan pendidikan wajib dan memastikan tanggungjawab menjaga dan menanggung keperluan asas anak-anak seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal yang selesa. Oleh itu, amalan menabung perlu subur di dalam jiwa kerana boleh dijadikan sumber untuk menyara keluarga.

Keselesaan dan kesenangan hidup tentunya menjadi impian setiap insan. Sesebuah keluarga memerlukan bukan sahaja rumah yang selesa malah kemudahan yang moden dan efisien. Hal ini kerana kos untuk memiliki semua ini bukanlah sedikit. Selain harga rumah yang melebihi ratusan ribu ringgit, peralatan elektrik, bil elektrik dan air merupakan perkara wajib yang mesti dimiliki dan dibayar dengan segera.

Justeru, untuk memiliki kesempurnaan hidup ini, amalan menabung merupakan langkah bijak dan mendatangkan impak yang besar. Kemampuan untuk membeli peralatan rumah secara tunai sebenarnya jauh lebih murah daripada jika dibeli secara ansuran. Sebagai contohnya, kita boleh menyimpan dalam jangka waktu tertentu untuk memiliki barangan idaman tanpa perlu berhutang.

Menabung boleh dijadikan sebagai wahana mendisiplinkan keluarga. Hal ini kerana amalan menabung membolehkan kita menyemai dan menyuburkan amalan berjimat cermat dan berpegang kepada peribahasa ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik untuk menabung boleh mendorong anak-anak menjauhi pembaziran, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sebagai contohnya,ibu bapa boleh membelikan tabung atau membawa anak-anak mengunjungi institusi kewangan/skim simpanan agar mereka dapat melihat sendiri akan iklim sihat yang perlu diikuti. Dengan cara ini anak-anak akan terdedah dengan budaya hidup sihat dan mengenali pengurusan dunia kewangan dan impaknya kepada ekonomi diri, keluarga dan kepentingannya di peringkat sarwajagat.

Kemaslahatan menabung juga perlu dihebahkan dengan sebaik-baiknya agar anak-anak yang masih kecil dapat menghayati konsep tabungan dengan lebih jelas lagi. Oleh itu, amalan menabung boleh menjadi salah satu strategi yang mantap untuk mendisiplinkan keluarga sekaligus melahirkan keluarga yang sejahtera.

Kredit : jumaliahmingan



SIMPAN RM500 PERCUMA RM500






Hubungi saya melalui telefon atau whatsapp di talian 018-3839070 (Afandi) untuk maklumat lanjut.

 Boleh juga buka akaun simpanan SSPN-I PLUS secara atas talian (online) di :

https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000005125





Wednesday, October 17, 2018

SIMPANAN PENDIDIKAN SSPN-i PLUS

Sudahkah anda sediakan tabungan untuk anak anda?

Jangan berlengah lagi! Mulakan sekarang! Buka akaun simpanan SSPN-i PLUS anda secara online :

https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000005125

Atau hubungi saya di nombor 018-3839070 untuk maklumat lanjut.


#mulakansekarang
#simpananpendidikan
#LoveSSPN
#SSPNIPLUS