Wednesday, November 28, 2012

Astro’s Fear Factor House


What your biggest fear is and how it affects your life?

Untuk menjawab segala pertanyaan bagi soalan ini, jom kita baca selanjutnya..........

Setiap manusia pastinya pernah mengalami ketakutan ataupun kesukaran dalam kehidupan yang dijalani setiap hari. Ketakutan yang dialami berbeza mengikut individu itu sendiri. Kadangkala ketakutan itu juga secara tidak langsung mengganggu kehidupan seharian dan memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan juga orang lain yang berada di persekitaran kita.

Ketakutan terbesar bagi saya adalah berkaitan dengan KETINGGIAN, maksudnya saya cukup takut apabila berhadapan atau berada di tempat yang TINGGI! Mungkin ramai yang akan mentertawakan saya, tapi itulah hakikatnya. Tempat atau kawasan yang tinggi dan curam sangat menggerunkan saya berbanding jika saya berhadapan dengan seekor cicak! Perasaan takut dan gayat akan datang bila berada di kawasan yang ada kaitannya dengan ketinggian.

Keadaan ini pastinya memberi kesan kepada saya dalam kehidupan. Contohnya bila saya diminta oleh kawan-kawan untuk menaiki sesuatu permainan dia Taman Tema seperti Rollercoaster, Cable Car, Flying Fox mahupun berjalan di atas jambatan gantung! Pernah saya ingin mencuba untuk melalui jambatan gantung yang tinggi di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam suatu ketika dulu, namun tidak dapat meneruskan cubaan itu gara-gara ketakutan yang memuncak sehingga mahu gugur jantung dan terasa seperti hendak pitam. Akhirnya ketakutan itu telah menghalang untuk saya meneruskan perjalanan tersebut dan hanya mampu memandang sahaja rakan-rakan lain melalui jambatan gantung yang bergoyang-goyang itu.



Jika saya memandu di tanah tinggi yang mempunyai gaung curam di bahu jalan yang sempit, pastinya perasaan takut itu datang dan saya hanya mampu memandu terus kenderaan dengan sangat perlahan dan cuba untuk manjauhkan kenderaan dengan tebing yang curam itu. Situasi seperti ini mungkin mengundang bahaya dan mungkin akan mengganggu perjalanan pengguna jalan raya yang lain. Tapi apakan daya, ketinggian itu sangat menakutkan saya.

Apabila umur saya semakin meningkat, perasaan takut kepada ketinggian itu semakin berkurangan. Saya cuba memberanikan diri untuk menaiki Cable Car di Pulau Langkawi. Akhirnya saya berjaya menaikinya tetapi dengan memejamkan mata! Sungguh kelakar bunyinya. Namun saya hanya mampu berhenti di stesen pertengahan sahaja kerana tidak berdaya menahan ketakutan yang ada dalam diri ini untuk sampai ke puncak yang lebih tinggi.

Langkawi Cable Car


Apabila saya ada mendengar Astro's Fear Factor Malaysia akan ditayangkan secara ekslusif di negara ini, saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menontonya. Saya ingin melihat peserta-peserta yang telah terpilih menempuh pelbagai rintangan dan mengharungi cabaran yang sangat menguji kesabaran, dan kekuatan fizikal serta mental untuk sampai ke penamat. Antara peserta-peserta yang terlibat adalah Didie Alias, Hairul Azreen, Dafi, Nik Micheal, Johan As'ari dan ramai lagi. 




 Peserta-peserta Fear Factor Malaysia


Cabaran mengangkat guni yang berat


Cabaran halangan palang besi


Cabaran membawa tayar gergasi


 Cabaran mendaki


Peserta artis pilihan saya adalah Johan As'ari. Siapakah yang akan menang? Pada pandangan saya berkemungkinan Johan As'ari akan dapat menempuh segala rintangan dan cabaran dengan mudah dan seterusnya merangkul gelaran Juara Fear Factor Malaysia musim ini. 





Pastinya detik-detik cemas dan mendebarkan oleh para peserta Fear Factor Malaysia dapat ditonton oleh rakyat Malaysia di kaca televisyen tidak lama lagi. Nantikan siaran Fear Factor Malaysia bermula Disember 2012 ini bersama pengacaranya Aaron Aziz!





Fear Factor House - Is your change to experience Fear Factor Live! 


Thursday, November 1, 2012

Majlis Pernikahan & Mini Resepsi Qazem Nor & Embun
























BLOGGER CONTEST Yang Telah Dibatalkan...


Harapan yang tinggi utk menang hadiah sekurang2nya saguhati tidak kesampaian kerana pihak penganjur membatalkan peraduan yang dijalankan atas sebab kurang mendapat sambutan.....

Jadi orang ramai boleh menilai sendiri terhadap syarikat ini dengan apa yang telah berlaku...

Terima kasih....


* Di bawah ini adalah Blog Post yang telah saya buat utk Contest tersebut....




Cuti Sekolah akan tiba tidak lama lagi dan pastinya kehadirannya dikaitkan dengan Majlis Perkahwinan dan juga Majlis Pertunangan. Detik-detik bahagia di hari bersejarah akan menjadi kenangan terindah untuk disimpan selama-lamanya. Adalah menjadi kewajipan detik indah itu diabadikan dalam bentuk potret ataupun video. Bakal-bakal Raja Sehari seharusnya memilih jurugambar yang berpengalaman bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik ketika menerima album gambar tersebut selepas tamatnya majlis.

Oleh yang demikian, saya mengesyorkan bakal-bakal pengantin untuk memilih jurugambar profesional SIXUCA PHOTOGRAPHY menerusi blognya, http://sixucaphotography.blogspot.com/. Sixuca Photography merupakan sebuah syarikat jurugambar yang berlokasi di sekitar Kuala Lumpur dan diasaskan oleh Helmi MJ . Baru-baru ini, Sixuca Photography telah menyertai Festival Pengantin Malaysia di Menara Mara @ Primera Hotel Ballroom pada 5-7 Oktober 2012 yang lalu. Sambutan yang diterima dari pengunjung yang hadir juga sangat menggalakkan dan mendapat maklum balas positif.






Sixuca Photography kini mengorak langkah ke hadapan dalam mengukuhkan lagi namanya di Malaysia dengan memperkenalkan logo baru Sixuca Photography untuk tahun 2013. Nantikan iklan Sixuca Photography di majalah Pesona Pengantin dan Inspirasi Perkahwinan.





Bagi bakal-bakal pengantin yang ingin mencari pakej jurugambar perkahwinan terbaik, bolehlah melihat senarai harga pakej 2013 Sixuca Photography. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi talian +6019-2922815 atau email ke info.sixuca@gmail.com






Sixuca Photography kini sedang menganjurkan Blogger Contest sehingga 14 November 2012. Jom layari link Sixuca Blogger Contest untuk penyertaan.


Hadiah yang ditawarkan :

Tempat Pertama : RM 200

Tempat Kedua : RM 150

Tempat Ketiga : RM 100


dan 5 Hadiah Saguhati berupa Cash Voucher bernilai RM 100 setiap satu.
 



 SELAMAT MENCUBA 
&
SEMOGA BERJAYA!




Wednesday, June 20, 2012

BEE-MAN


If you were given a chance, what animal/living being superpowers would you want to get?

Sudah pastinya saya akan memilih LEBAH sebagai 'SUPERPOWER' dan saya namakannya sebagai BEE-MAN!

BEE-MAN dipilih kerana sifat lebah itu sendiri yang rajin bekerja untuk mengumpul madu. BEE-MAN membantu manusia dengan menghadiahkan madu yang merupakan ubat ajaib yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kebaikan manusia di muka bumi. Dalam masa yang sama BEE-MAN akan menjelajah segenap kawasan di merata tempat untuk menjaga alam sekitar dari sebarang kerosakan dan kemusnahan. BEE-MAN tidak pernah penat dan jemu untuk berbakti kepada alam sekitar serta keseimbangan alam flora dan fauna.



Sifat BEE-MAN yang sentiasa tenang dan pemurah membuatkan kehidupan di luar menghormati dan menghargai BEE-MAN. BEE-MAN boleh berbangga dengan warna yang ada pada diri iaitu hitam dan kuning, dapat terbang dengan pantas dan bebas untuk menjalankan tugas. Sekiranya ada musuh yang cuba mengganggu gugat kesejahteraan dan ketenteraman alam, BEE-MAN akan menyerang dengan menggunakan sengat sebagai cara untuk mempertahankan diri dari serangan dan ancaman.


BEE-MAN mempunyai semangat perjuangan dan kekeluargaan yang tinggi apabila sentiasa berkumpul bersama dalam komuniti untuk menjalankan tugas harian. Jasa dan pengorbanan BEE-MAN disanjung tinggi dalam ekosistem alam semulajadi.






Nuffnang Premiere Screening of The Amazing Spider-Man




Spinning his web into cinemas this month is none other than The Amazing Spider-Man and thanks to the kind people at Sony Pictures MalaysiaNuffnang presents you with the reboot instalment of the Spiderman franchise. It promises to be a film of epic proportions as a brand new cast and robust storyline leads you to Peter Parker’s journey to finally finding out who his parents is and how they died when he was a kid.



Tuesday, June 5, 2012

Muzikal GEMURUH





If you had the chance to direct one slot of the musical, which song would you choose and how would you imagine the scene to be?

 Sekiranya saya diberi peluang untuk mengarahkan satu slot muzikal, lagu yang saya pilih adalah GEMURUH dari FAIZAL TAHIR.



Untuk babak yang akan saya persembahkan pastinya mempunyai elemen semangat kesukanan dan juga harapan tinggi rakyat Malaysia terhadap atlet-atlet Negara mencapai kemenangan.

Babak dimulakan dengan 15 orang penari dewasa berpakaian sukan berarak masuk ke pentas secara berkumpulan dengan membentuk formasi berbentuk bulatan. Kemudian, bulatan dibuka secara perlahan-lahan mengikut rentak dan irama, seorang penyanyi  muncul di tengah-tengah dengan menyanyikan lagu GEMURUH dengan penuh semangat.

Sambil lagu diteruskan, babak diteruskan dengan kemunculan 30 orang kanak-kanak comel berarak masuk dari kiri dan kanan pentas dengan berpakaian tradisional rakyat Malaysia yang berwarna-warni menari sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Seterusnya terpancar klip-klip gambar dan video di skrin utama pentas memperlihatkan wajah-wajah atlet Malaysia yang pernah mengharumkan nama negara di mata dunia. Selesai tayangan di skrin, penari-penari meneruskan rentak tarian dan membentuk perbagai formasi yang melambangkan tema kesukanan bagi memperlihatkan semangat tinggi rakyat Malaysia terhadap atlet-atlet negara mencapai kejayaan.

Sebelum babak muzikal tamat, semua penari-penari berbaris di tengah pentas sambil melambai-lambaikan tangan ke arah penonton dan menyanyikan lagu GEMURUH bersama-sama dengan semangat yang membara.  






From 1 June to 8 July 2012, London, the Summer Musical would be performing at Sunway Lagoon’s Amphitheatre and it would feature 6 West End stars flown in all the way from London! 


Thursday, March 8, 2012

Cuci The Musical Last Kopek


















Cuci The Musical Last Kopek (CTMLK) terbitan Tall Order Production Sdn. Bhd dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sejak 2 Mac lalu sehingga 18 Mac ini. Teater muzikal ini adalah di bawah pimpinan pengarah Harith Iskander. Mengekalkan peneraju utamanya, iaitu Hans Isaac, Afdlin Shauki, Nabil dan Awie untuk musim ketiga sekaligus pementasan terakhir teater muzikal Cuci itu, sememangnya terbaik.















Pada 7 Mac lalu aku berkesempatan menyaksikan pementasan CTMLK di Istana Budaya. Aku tiba di perkarangan Istana Budaya jam 7.50 malam dengan cuaca hujan yang agak lebat. Disebabkan ada masalah teknikal akibat kilat, pementasan agak lewat dimulakan iaitu jam 9.00 malam. Penonton yang memenuhi ruang tempat duduk kelihatan tidak sabar menonton persembahan CTMLK bermula.

CTMLK dimulakan dengan persembahan gambar di skrin besar yang mengisahkan hubungan akrab adik beradik semasa kecil. Jika sebelum ini Harith Iskander turut sama terlibat dan melakonkan watak Wira di dalam musim yang pertama dan kedua, kini wataknya digantikan dengan Douglas Lim yang boleh bertutur di dalam bahasa Melayu dengan baik. Pujian harus diberikan kepada Dauglas Lim kerana mampu membawakan watak dengan baik sehingga membuatkan penonton ketawa dengan aksi kelakar yang ditunjukkan.















Mengisahkan tentang empat saudara iaitu C'Tan, Khai, Fairil dan Jojo yang berusaha mengubah kehidupan mereka, sebagai pencuci bangunan. Mereka mempunyai satu hasrat yang sama, untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti, mencuci menara berkembar Petronas, yang tinggi dengan saingan yang kuat dari pasukan Wira Maju. Misi utama mereka, untuk memenangi kontrak membersih bangunan KLCC menjadi impian utama hidup mereka. Dalam perjalanan untuk mencapai cita-cita tersebut pelbagai rintangan dihadapi mereka.

Meskipun jalan cerita yang sama dikekalkan namun hampir setiap malam, ada sahaja yang berubah dan diubah dialognya. Gandingan 4 orang teraju utama itu bersama pelakon wanita hebat iaitu Vanidah Imran yang membawa watak Siti Jasmin (C.J) bersama tenaga baru yang lain berjaya menyuntik semangat dan nafas segar sepanjang pementasan. Lakonan Dina sebagai setiausaha C.J juga masih bernyawa dan mampu mengeletek penonton. Turut diselitkan dalam dialog dalam CTMLK apabila mereka menyebut nama tempat Kuala Selangor, dan Rancangan NONA yang ada kaitan dengan Hans Isaac. Vanida Imran pula ada tersasul mengatakan makna "rematch" adalah "cuci semula" namun dia lantas membetulkannya dengan mengatakan "perlawanan semula". Hans Isaac juga tersasul menggunakan watak Afdlin Shauki sebagai adiknya.

Bagi saya, CTMLK ini memang terbaik dan sangat menghiburkan walaupun pernah menonton musim kedua tahun lalu. Aksi lawak spontan mereka di pentas berjaya menggeletek penonton untuk ketawa dari awal hingga tamat pementasan. Kepada yang belum menyaksikannya, jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket bagi menonton CTMLK yang terakhir ini. Tiket-tiket untuk menyaksikan CTMLK boleh didapati di www.ticket2u.biz dan boleh dapatkan terus di kaunter tiket IB dengan variasi harga RM 53, RM 123, RM 163, RM 183, RM 203, dan RM 303. Anda juga boleh hubungi talian Hotline di 010-2102656.