Bercakap tentang Tahun Baru 2011, ada sesuatu yang ingin dikongsikan di sini iaitu filem terbaru yang bakal ditayangkan. Saksikan Filem terbaru sempena Tahun Baru 2011 "Season of the Witch" yang akan berada di panggung wayang seluruh negara pada 6 Januari 2011.

Dalam imaginasi saya, ahli sihir memang menakutkan kerana ia boleh membuatkan seseorang itu teraniaya dengan kuasa sakti yang dimiliki oleh ahli sihir. Dengan rupa paras yang sangat mengerikan, manusia cuba mengelak supaya tidak bertemu dengan ahli sihir yang jahat. Ahli sihir boleh memusnahkan keharmonian dan ketenteraman di dalam kehidupan manusia di muka bumi.
