Thursday, November 4, 2010

Cake Day TV3 2010

Cake Day Tv3 2010 telah berlangsung pada 31 Oktober 2010 di Sri Pentas, Bandar Utama bersempena sambutan Ulangtahun TV3 ke-26. Cake Day juga disambut serentak dengan Kid Parade TV3. Pelbagai acara dilangsungkan pada hari tersebut termasuk Pertandingan Menghias Kek. Saya turut menyertai pertandingan tersebut dan merupakan penyertaan pertama kali dalam pertandingan kek. Tahun ini Cake Day dilangsungkan untuk tahun yang kedua. Sebanyak 30 peserta telah menyertai Pertandingan Menghias Kek pada kali ini. Saya berasa cukup gembira kerana dapat menimba pengalaman dalam pertandingan seperti ini dan berterima kasih kepada keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam menceburi bidang ini.















Majlis Perasmian Cake Day TV3 2010.
Artis seperti Dynaz, Fizz Fairuz, Zain, Sarmila dan pelakon cilik Mia turut memeriahkan majlis.
















Keseluruhan kek yang bertanding pada tahun ini.
















Mia





















Bersama kek rekaanku.
















Ketika ditemubual oleh TV3.

No comments:

Post a Comment