Monday, May 13, 2013

I Am The Unstoppable Explorer



Apakah yang dikatakan dengan “Unstoppable Explorer”? "Unstoppable Explorer" bagi saya adalah berkaitan dengan makanan dan juga masakan! Makanan dan masakan tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian saya. Jadi saya akan pastikan ianya sentiasa diterokai tanpa henti asalkan ianya memberi kepuasan dalam diri saya.

Untuk mengembara dan meneroka dalam bidang makanan dan masakan ini, selain televisyen saya juga banyak menggunakan medium internet untuk mencari resipi terkini dan tip-tip berguna serta mencari tempat-tempat baru dan menarik seperti restoran untuk mencuba sesuatu yang istimewa dan lain daripada yang lain yang dapat meninggalkan satu kenangan yang indah yang dapat diabadikan bersama insan tersayang. Antara cabaran yang menjadi penghalang ketika pengembaraan ini adalah apabila sukar menemui destinasi yang ingin dituju. Jadi, GPS dan Google Maps menjadi pembantu ketika mencari lokasi yang sukar ditemui. Masakan yang dimasak tidak menjadi? Itu bukan menjadi penghalang dan penghilang semangat untuk terus mengembara. Ianyanya menjadi pembakar semangat untuk terus mengembara mencari sesuatu yang lebih sempurna. Telefon bimbit dan kamera menjadi teman setia untuk meng’update’ setiap pengembaraan yang berjaya diterokai. Facebook, Instagram, Twitter dan Blog menjadi medium penyalur info pengembaraan tersebut untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan juga keluarga.

Seiring dengan "Unstoppable Explorer", saya gemar menonton program TV berbentuk masakan seperti Masterchef Malaysia dan Masterchef Selebriti Malaysia. Pengalaman berharga saya adalah apabila diberi penghormatan dan kepercayaan untuk menjadi juri dalam rancangan Masterchef Malaysia musim kedua yang lalu. Pengalaman merasai dan menilai sendiri masakan peserta dan melihat suasana sebenar dapur Masterchef memberi pengalaman yang sukar dilupakan.








Ketika Masterchef Malaysia musim kedua peringkat akhir juga saya telah dijemput sebagai tetamu untuk sama-sama menonton secara langsung yang turut dipancarkan di saluran Astro Ria.




Dalam Astro juga, banyak saluran lain yang menjadi saluran kegemaran saya antaranya Asian Food Channel (AFC), TLC's Cooking Challenge, Cake Boss, Top Chef dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, Macam-Macam Ada!

Melalui Astro On-The-Go rakyat Malaysia boleh mendapat pelbagai info tempat makanan dan masakan yang istimewa dengan menggunakan aplikasi ini di telefon pintar dan komputer riba. Bukan itu sahaja, Astro On-The-Go juga banyak memberi faedah dan kemudahan kepada semua. Ianya dapat dicapai dengan mudah, hanya di hujung jari anda. 'Click' sahaja menggunakan telefon pintar atau tablet anda, segala info berguna boleh diakses untuk keperluan anda. Saya akan terus bersama Astro On-The-Go untuk terus mengembara dalam bidang makanan dan masakan tanpa henti.




Astro On-The-Go telah memberi semangat kepada saya untuk terus mengembara dan menerokai bidang makanan dan masakan yang saya minati tanpa had dan sempadan. Terima kasih Astro On-The-Go kerana memberi inspirasi kepada saya dan juga ramai pengembara-pengembara yang lain!
Layari www.astroonthego.com untuk maklumat lanjut!

No comments:

Post a Comment