Jelajah ABPBH sudah bermula dan lokasi pertamanya bertempat di SACC MALL Shah Alam yang berlangsung selama dua hari, 25 & 26 Februari 2012 yang lalu. Pada 25/2/2012 (sabtu) telah diadakan ujibakat Bintang Idola Berita Harian (BIBH) di mana pencarian bakat baru yang akan dipilih untuk menjadi artis naungan KRU Music.
Pada hari ahad pula, diadakan pertandingan akhir BIBH untuk memilih siapakah yang layak memegang gelaran Juara peringkat Mall.
Acara utama bermula sekitar jam 2.00 petang dengan kehadiran para artis di 'RED CARPET". Memang happening dengan kehadiran ramai artis-artis terkenal tanahair seperti Adi Putra, Rozita Che Wan, Zizan, Johan, Izara Aishah, Aizat, Neelofa, 6ixth Sense, Shila Amzah, Forteen, Jaclyn Victor, Diana Danielle, Aeril Zafrel, Awi Rafael, Johan Ashari, Aznil Hj Nawawi, Adam & VIP. Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran empat orang pengacara iaitu Fara Fauzana & Suraya dari HOT FM, Along Charm dan juga Didie Alias.
Adam & V.I.P
Neelofa & Rozita Che Wan
Johan & Zizan membuatkan pengunjung yang hadir ke SACC MALL bergelak ketawa dengan keletah dan lawak mereka. Sampaikan Abang "RELA" yang bertugas berdekatan pentas tu pun dia kenakan...Memang terbaik!!!
Sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat UNISEL diadakan lagi untuk tahun yang ketiga. Alhamdulillah selama 3 tahun juga aku dapat melibatkan diri bersama Kontinjen Fakulti Kejuruteraan (F.K). Kain rentang/sepanduk kami siapkan bersama-sama di pejabat F.K. Pada hari sambutan, YB Dr. Halimah sudi datang untuk merasmikan majlis yang diadakan.
Ketibaan Tetamu Kehormat
Kami dari Kontinjen F.K memenangi tempat kedua dalam ketegori perarakan dan tempat ketiga dalam kategori sepanduk. Tahun lalu kami menjadi Juara ketegori sepanduk. Tak apalah, mungkin tak ada rezeki untuk kami mengekalkan trofi kejuaraan untuk tahun ini. Yang penting kami staf F.K merasa berbangga kerana dapat memberi sokongan dengan melibatkan diri dalam perarakan ini. InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi.... Salam Maulidur Rasul.
Pejabat Bendahari yang serba pink menjadi Juara kategori Sepanduk & Perarakan.
Ini merupakan kursus pertama yang aku ikuti untuk tahun 2012 ini. Memang excited bila dapat tau aku terpilih untuk mengikuti kursus tersebut iaitu KURSUS ETOS KERJA PROFESIONAL anjuran UNISEL. Kursus ini berlangsung dari 27 hingga 29 Januari 2012 bertempat di Gold Coast Resort Morib.
Memang banyak pengetahuan yang aku perolehi daripada kursus ini dan tak lupa juga pengalaman manis apabila dapat kenal ramai kawan-kawan staf dari bidang tugas yang berbeza.
Setelah tamat kursus ini, aku sangat merindui saat-saat berada di sana semasa kursus berlangsung terutama sekali bersama kumpulan aku sendiri iaitu WASS UP dan kumpulan-kumpulan lain seperti OMBAK RINDU, KUCH KUCH HOTAI HAI, GERAK PANTAS dan GALAXY POWER.
Majlis Pertunangan ini berlangsung pada 23 Januari 2012 yang lalu. Majlis ini sebenarnya ditetapkan 3 minggu sebelum tarikh Majlis Pertunangan dilangsungkan.
Majlis yang diadakan untuk keluarga ini berlangsung pada 21 Januari 2012 . Ia dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah bermula jam 7.30 malam dan kemudian disusuli dengan Solat Hajat. Selepas itu, bacaan Yassin & Tahlil serta doa dilakukan bersama ahli keluarga. Setelah selesai, kami sekeluarga solat Isyak secara berjemaah.
Tepat jam 9.00 malam, majlis diteruskan dengan Makan Malam di mana menunya adalah BBQ & Steamboat. Tema pakaian untuk majlis malam tersebut adalah bertemakan "ARABIAN NITE". Sungguh tak ku sangka, semuanya sangat 'sporting' untuk mengenakan pakaian mengikut tema. Memang terbaik lah!!
Makan malam berakhir sekitar jam 11.30 malam dan diteruskan dengan acara cabutan bertuah. Acara ini sengaja dibuat sekadar memeriahkan majlis kerana dapat berkumpul bersama keluarga. Selesai cabutan bertuah, kami semua berkumpul untuk sesi bergambar sebagai tanda kenangan. Alhamdulillah, majlis yang julung2 kali diadakan ini berlangsung dengan lancar. InsyaAllah...perancangan untuk makan malam seperti ini akan dibuat lagi untuk masa akan datang.
Tanggal 12 Januari 2012 aku berpeluang menyaksikan Konsert Awie & Ella di Istana Budaya. Sudah lama aku nantikan konsert seperti ini. Akhirnya aku dapat menontonnya secara live di hari pertama konsert.
Sama-sama hebat! Sama-sama mantap! Dua penyanyi yang digelar Ratu dan Raja Rock tanah air. Membuka tirai malam pertama, Awie dan Ella kekal membuktikan mereka sukar di tandingi apatah lagi digugat. Dipertemukan di pentas berprestij buat kali pertama, Awie dan Ella berjaya menawan segenap Panggung Sari, Istana Budaya. Untuk persembahan pertama saja lebih 1500 penonton digamit memori nostalgia era kegemilangan Rock 80/90-an.
Jam 8.45 malam, persembahan pembuka dimula dengan intro killer-song, Baldu Biru oleh band iringan di bawah pimpinan pemuzik hebat, Edry Hashim. Sejurus Ella muncul dari balkoni sebelah kiri panggung, kemudian disambut pula dengan nyanyian Awie dari balkoni sebelah kanan.
Tampil secara solo bersilih ganti, Awie dulu yang menyuntik adrenalin rancak dengan lagu-lagu seperti 1570, Funky Monyet, Tinggalkan Satu Peluru. Menyanyi sambil sesekali spontan digayakan aksi jenaka dan nakal, mengundang gelak para penonton. Vokal Awie dari dulu hingga kini, maintain MANTAP!!! Terus menghangatkan suasana, giliran Ella tampil mendedangkan Lagu seperti Teruja, Ala Amerika, Menyanyi Lalala.
Memukau di kala Awie dan Ella berduet lagu cover 'Dua Insan'. Adegan 'bibit cinta' dua insan ini bermula... sambil ada ketika Awie dan Ella buat aksi ala manja, lawak dan nakal mereka. Awie mengajak penonton menyanyi bersama lagu Tragedi Oktober. Bergema satu panggung dibuatnya. Dan kemudian Ella muncul semula dengan Layar Impian.
Terus membawa peminat ke dunia fantasi cinta mereka, Awie membuai penonton dengan Iris versi akustik. Seterusnya Ella, mencuri tumpun dengan penampilan anggun mengenakan dress labuh berambu ramba, mendendangkan lagu Malam Ini.
Tiba masa untuk benar-benar menggamit nostalgia, segmen medley menyaksikan Awie dan Ella, bersilih ganti menyanyikan deretan lagu paling hits masing-masing. Antaranya seperti, Dibayang Awan, Cinta Selembut Sutera, Tiada Rahsia Antara Kita, Pedih, Dipenjara Janji Pengemis Cinta, Bara, Sembilu, Ratuku dan Gemilang. Meniti 2 jam persembahan, sekali lagi Awie dan Ella berpadu vokal menyanyikan lagu Terima Kasih.
Secara keseluruhan, tahniah buat seluruh tenaga produksi Tall Order Production, kerana merealisasikan sebuah konsert yang sangat menghiburkan dan giler gempak! Dengan Band iringan yang super-amazing serta susunan muzik, terbaikkk! Dari segi sound jugak, terbaikkk!