Monday, February 20, 2012

Konsert Awie & Ella di Istana Budaya













Tanggal 12 Januari 2012 aku berpeluang menyaksikan Konsert Awie & Ella di Istana Budaya. Sudah lama aku nantikan konsert seperti ini. Akhirnya aku dapat menontonnya secara live di hari pertama konsert.

Sama-sama hebat! Sama-sama mantap! Dua penyanyi yang digelar Ratu dan Raja Rock tanah air. Membuka tirai malam pertama, Awie dan Ella kekal membuktikan mereka sukar di tandingi apatah lagi digugat. Dipertemukan di pentas berprestij buat kali pertama, Awie dan Ella berjaya menawan segenap Panggung Sari, Istana Budaya. Untuk persembahan pertama saja lebih 1500 penonton digamit memori nostalgia era kegemilangan Rock 80/90-an.








Jam 8.45 malam, persembahan pembuka dimula dengan intro killer-song, Baldu Biru oleh band iringan di bawah pimpinan pemuzik hebat, Edry Hashim. Sejurus Ella muncul dari balkoni sebelah kiri panggung, kemudian disambut pula dengan nyanyian Awie dari balkoni sebelah kanan.

Tampil secara solo bersilih ganti, Awie dulu yang menyuntik adrenalin rancak dengan lagu-lagu seperti 1570, Funky Monyet, Tinggalkan Satu Peluru. Menyanyi sambil sesekali spontan digayakan aksi jenaka dan nakal, mengundang gelak para penonton. Vokal Awie dari dulu hingga kini, maintain MANTAP!!! Terus menghangatkan suasana, giliran Ella tampil mendedangkan Lagu seperti Teruja, Ala Amerika, Menyanyi Lalala.

Memukau di kala Awie dan Ella berduet lagu cover 'Dua Insan'. Adegan 'bibit cinta' dua insan ini bermula... sambil ada ketika Awie dan Ella buat aksi ala manja, lawak dan nakal mereka. Awie mengajak penonton menyanyi bersama lagu Tragedi Oktober. Bergema satu panggung dibuatnya. Dan kemudian Ella muncul semula dengan Layar Impian.

Terus membawa peminat ke dunia fantasi cinta mereka, Awie membuai penonton dengan Iris versi akustik. Seterusnya Ella, mencuri tumpun dengan penampilan anggun mengenakan dress labuh berambu ramba, mendendangkan lagu Malam Ini.















Tiba masa untuk benar-benar menggamit nostalgia, segmen medley menyaksikan Awie dan Ella, bersilih ganti menyanyikan deretan lagu paling hits masing-masing. Antaranya seperti, Dibayang Awan, Cinta Selembut Sutera, Tiada Rahsia Antara Kita, Pedih, Dipenjara Janji Pengemis Cinta, Bara, Sembilu, Ratuku dan Gemilang. Meniti 2 jam persembahan, sekali lagi Awie dan Ella berpadu vokal menyanyikan lagu Terima Kasih.

Secara keseluruhan, tahniah buat seluruh tenaga produksi Tall Order Production, kerana merealisasikan sebuah konsert yang sangat menghiburkan dan giler gempak! Dengan Band iringan yang super-amazing serta susunan muzik, terbaikkk! Dari segi sound jugak, terbaikkk!


























No comments:

Post a Comment