Wednesday, February 29, 2012

Fantasi Komedi CINTA KURA-KURA

Filem yang ditunggu ramai CINTA KURA-KURA akan menjengah ke pawagam berdekatan bermula 1 Mac 2012. Pastinya filem ini membawa kelainan buat peminat-peminat filem tempatan yang mahukan sebuah filem yang mampu memberikan kepuasan menonton berbanding filem-filem yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Pada 28 Februari 2012 (Selasa) aku berkesempatan menghadiri pratonton filem ini bersama HOT FM & Gua Malaysia bertempat di Cathay Cineplex e@Curve Damansara jam 9.00 malam. Rasa bertuah apabila kebetulan duduk betul-betul di belakang pengarah filem ini semasa pratonton.

Secara jujurnya aku sangat berpuas hati dengan cerita yang dipaparkan dalam sebuah kisah dengan elemen komedi terbaik hasil idea dari pengarah berbakat, saudara Nizam Zakaria. Sesungguhnya sentuhan pengarah sebegini sangat diperlukan dalam industri perfileman di Malaysia. Filem yang menggabungkan elemen fantasi dan realiti ini sangat sesuai ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat.














Jalan cerita yang disusun kemas dan menarik dengan penggunaan teknologi CGI yang baik memberikan kekuatan bagi filem ini. Pemilihan pelakon yang bersesuaian dalam filem ini juga menghidupkan keseluruhan jalan ceritanya. Keseimbangan watak dengan susunan cerita yang menarik menjadikan kisah yang cuba disampaikan memenuhi kepuasan penonton, dalam erti kata lain penceritaan yang dipersembahkan tidak terlalu berat dan mudah difahami oleh penonton.


























Walaupun hanya dipinjamkan suara, Zizan Razak yang melakonkan watak kura-kura bernama Nico berjaya membawakan watak dengan baik. Filem ini memberikan satu tontonan yang santai dan mempunyai banyak adegan lucu yang melibatkan Nico dan watak-watak lain. Dialog Nico yang lucu dan bersahaja membuatkan penonton di dalam panggung tidak kering gusi ketawa melihat aksi comel Nico yang cuba untuk mengganggu hubungan mesra antara Adam (Aeril Zafrel) & Nani (Tiz Zaqyah). Paling kelakar apabila Nico meletakkan kacang di atas Cupcake yang dimakan oleh Adam menyebabkan muka Adam kemerahan dan gatal akibat elergic. Adegan Nico mencuri barang peribadi Nani juga mencuit hati penonton. Watak-watak lain yang dibawa oleh pelakon seperti Bob AF, Harun Salim Bachik, Daus AF juga menambahkan keceriaan dalam filem komedi cinta ini. Pujian harus diberikan kepada pengarah Nizam Zakaria kerana menghadiahkan sebuah filem yang segar dan berkualiti buat peminat-peminat filem negara.


















Buat semua penggemar-penggemar filem, jangan lupa untuk menonton filem Cinta Kura-Kura lakonan Aeril Zafrel, Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Fara Fauzana , Shy8 (Usop Wilcha) & Fizz Fairuz di pawagam berdekatan anda 1 Mac ini. Yang pasti, aku akan turun ke panggung lagi untuk menonton filem CINTA KURA-KURA ini untuk kali yang kedua!












No comments:

Post a Comment